Latar Belakang



IDEA PENUBUHAN KELAB A.S.M.A

  • Kelab ini telah diasaskan oleh tiga orang guru muzik yang pernah mengajar di SMK Sultanah Asma iaitu saudara En. Abd Samad Bin Abd Aziz, En. Mohd Shukri Bin Shafiie dan Allahyarham En. Khairil Fauzi bin Ali.
  • Pada sekitar tahun 1999-2000 SMK Sultanah Asma telah terpilih menjadi salah sebuah sekolah rintis bagi subjek Pendidikan Muzik KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) di Malaysia. 
  • Atas minat dan pengalaman guru-guru muzik SMK Sultanah Asma dalam bidang  pendidikan Muzik, mereka telah mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah untuk menubuhkan sebuah lagi persatuan berorientasikan muzik selepas kejayaan membawa Pasukan Pancaragam SASBAND ( Pancaragam SMK Sultanah Asma) ke peringkat yang lebih tinggi. 
  • Persatuan ini lebih menekankan kepada aspek pembangunan kebudayaan, kesenian dan warisan. Selain itu pasukan ini juga ditubuhkan bagi mencongkel bakat pelajar ke peringkat lebih tinggi bagi menyertai pertandingan berbentuk Seni Budaya dan Warisan yang banyak dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada ketika itu seperti, pertandingan Koir, Gamelan, Caklempong, Kombo Band, Puisi dan Lagu, Rekoder dan lain-lain lagi.  

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Mengembangkan seni budaya dan warisan pelajar SMK Sultanah Asma.
  • Merakyatkan seni budaya dan warisan di kalangan pelajar SMK Sultanah Asma.
  • Mengembalikan kegemilangan seni warisan tradisional dan etnik masyarakat di Malaysia.
  • Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja melalui kesibukan aktiviti muzikal.
  • Memupuk semangat cintakan seni budaya dan warisan di kalangan remaja dan masyarakat.
  • Memberi bimbingan dan galakan yang berterusan kepada remaja dalam industri budaya.
  • Membantu melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti dan berdisplin.
  • Menyebarkan maklumat berkenaan budaya tempatan kepada generasi muda agar mereka lebih menghargai, mengenali dan menyayanginya.

VISI

"Insan terdidik Seni Budaya Diwarisi"

MISI

"Melestarikan Seni Budaya dan Warisan Bagi Membangunkan Potensi Individu Serta Membentuk Jati Diri Bangsa"


CABANG KESENIAN KELAB A.S.M.A

1. Unit Muzik Moden
2. Unit Muzik Tradisional
3. Unit Koir
4. Unit Nyanyian Solo

 

KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN

  • Jabtan Pendidikan Negeri Kedah
  • Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Kedah
  • Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah
  • Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
  • Jabatan Pembangunan Wanita
  • Majlis Kebudayaan Negeri Kedah
  • NGO-NGO Sekitar Daerah Kota Setar
  • Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultana Idris (UPSI)

PENAUNG KELAB A.S.M.A

  • Pengetua SMK Sultanah Asma
    • Penolong Kanan Kokurikulum SMK Sultanah Asma

KEAHLIAN KELAB A.S.M.A

  • Terbuka kepada semua pelajar SMK Sultanah Asma
  • Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni budaya dan warisan
  • Keahlian wajib bagi ahli Pancaragam (SASBAND)

AKTIVITI TAHUNAN KELAB A.S.M.A

  • Perjumpaan Kokurikulum sebanyak 12 kali setahun
  • Majlis Makan Malam Tahunan
  • Bengkel Seni Budaya dan Warisan
  • Majlis perlantikan AJK tertinggi tahunan
  • Persembahan kebudayaan sempena Hari Guru
  • Persembahan kebudayaan sempena Hari Kemerdekaan
  • Persembahan kebudayaan kepada Tetamu  Luar
  • Hari Anugerah Cemerlang Sekolah
  • Menonton persembahan Seni Budaya dan Warisan
  • Lawatan Seni Budaya dan Warisan
  • Persembahan "FinalEss" iaitu persembahan akhir bagi setiap unit Kelab ASMA mempamerkan kebolehan unit masing-masing

KELEBIHAN MENYERTAI KELAB INI :

    1. Pelajar  akan diberikan peluang untuk menyertai pertandingan yang sesuai dengan kemahiran yang dipelajari.
    2. Pelajar akan didedahkan dengan pengalaman secara teori dan praktikal dalam mempelajari kemahiran seni budaya seperti bermain alat muzik dan tarian.
    3. Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran mengedalikan persembahan serta bekerja sama antara ahli.
    4. Senarai nama peserta yang aktif dengan penyertaan program @ aktiviti luar (bengkel/ kem) yang dianjurkan oleh Pihak Kelab ASMA akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diberikan merit ke dalam sistem PAJSK.
    5. Menonton persembahan Seni Budaya secara langsung.
    6. Pengalaman membuat persembahan dihadapan rakan lain.
    7. Dapat peluang menyertai pelabagi pertandingan berkaitan Seni Budaya dan Warisan dipelbagai peringkat.
    8. Dapat mengikuti kelas Seni Budaya dan Warisan Secara Percuma.
    9. Menyumbang kejayaan kepada Sekolah.
    10. Dapat akses dengan mudah untuk mengunakan kemudahan peralatan muzik sekolah untuk latihan.

Ulasan