Unit Muzik Tradisional

Kembali

Unit ini membuka ruang kepada pelajar yang mempunyai minat mendalam dalam muzik tradisional untuk meneroka permainan alat muzik tersebut yang merupakan salah satu warisan seni budaya yang patut dihargai oleh generasi muda pada masa kini. Melalui unit ini pelajar berpeluang mendalami jenis-jenis alat muzik tradisional yang terdapat di sekolah seperti :


Gamelan


Gemelan merupakan himpunan alat muzik Gamelan Melayu yang terdiri daripada lapan jenis alat muzik iaitu gambang kayu, keromong, kenong, saron peking, saron baron, saron demong, gendang, dan sepasang gong. Alat muzik ini diperbuat daripada tembaga, kulit dan juga kayu. Alat muzik ini perlu dimainkan secara kumpulan. Di SMK Sultanah Asma, terdapat dua set peralatan ini dimana penyertaan pelajar untuk mendalami kemahiran bermain alat ini sangat digalakkan. 

 

Caklempong



Alat muzik yang berasal dari Sumatera Barat. Di Sumatera Barat ia dikenali dengan nama Telempong. Di Malaysia, alat muzik ini diekanali dengan nama Caklempong. Ia merupakan alat muzik tradisional khas Minang. Alat muzik ini dibuat dari kuningan (campuran tembaga dan besi), berdiameter antara 15–17,5 cm dan tinggi 8 cm dengan bahagian bawah yang berlubang. Ia mengeluarkan bunyi yang terhasil daripada kayu yang diketuk di bahagian atasnya.

 

Kompang

 

Kompang merupakan sejenis alat muzik tradisional berupa gegendang bagi masyarakat Melayu dalam kepulauan Nusantara. Kompang merupakan alat muzik yang tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun diera moden kini, kulit kompang juga diperbuat daripada kulit lembu malah getah sintetik. Kompang dimainkan secara memalu permukaan kulitnya.


INFO-INFO BERKAITAN

1. Caklempong

2. Gamelan Melayu 

3. Kompang

Ulasan