Unit Muzik Moden

Kembali

Unit ini membuka ruang kepada pelajar yang mempunyai kemahiran muzikal sama ada diperolehi dari bakat semula jadi, pengalaman mempelajari muzik di luar sekolah, mempelajari kemahiran muzik melalui subjek Pendidikan Muzik, atau ahli Pancaragam Sekolah bergabung dalam satu bentuk kumpulan muzik yang akan memainkan lagu-lagu popular semasa bagi menyerikan majlis-majlis tertentu atau menyertai pertandingan. Melalui unit ini pelajar daripada latar belakang muzik yang berbeza didedahkan kepada bentuk-bentuk muzik moden seperti :

  • Pop Orkestra
    • Sebuah Ensembel muzik (Pasukan Muzik) yang besar bilangan ahlinya yang melibatkan gabungan pelabagi Seksyen muzik seperti Seksyen alat muzik bertali [String] (Violin, Viola, Cello & Double Bass), Seksyen alat muzik tiup kayu [Wood Wind] (Flute, Obbo, Clarinet, Alto Sax & Tenor Sax), Seksyen alat muzik Brass (Trumpet, Trombone, Euphonium & Tuba) dan Seksyen Irama (Drum, Guitar Bass, Guitar & Keyboard). Persembahan Pop Orkestra diketuai oleh seorang konduktor yang akan memimpin pasukan. 

  • Kombo
    • Kumpulan kecil ahli muzik (terutama­nya yg memainkan irama jazz). Kebiasaannya Kombo melibatkan gabungan sebahagaian Seksyen alat muzik Wood Wind (Alto Sax & Tenor Sax), Seksyen Brass (Trumpet & Trombone) dan Seksyen Irama (Drum, Guita Bass, Guitar & Keyboard).

  • Kugiran
    • Kumpulan gitar rancak (Kugiran), merupakan pancaragam moden yang popular. Kebiasaanya terdiri darapida alat muzik dari Seksyen Irama sahaja iaitu Drum, Guitar Bass, Guitar dan Keyboard.

INFO-INFO BERKAITAN


Ulasan